Skip to content
takingbackpixels Back to home

Legal

Privacy Notice

Last updated 5 November 2026 · Baca dalam Bahasa Malaysia

English

This notice explains how takingbackpixels handles your personal data, in line with Malaysia’s Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), as amended. It covers this website (takingbackpixels.com), our contact form and emails you send us.

1. Who we are

takingbackpixels is a graphic design and web development studio based in Miri, Sarawak, Malaysia. We are the data user responsible for your personal data. Contact: hello@takingbackpixels.com.

2. What we collect

  • What you send us: your name, email address, the services you are interested in, your budget range and your message.
  • Technical data: when you visit the site, our hosting provider automatically processes your IP address, browser type and the pages requested, to deliver the site and protect it from abuse.

We do not use cookies, analytics, advertising trackers or social media pixels on this website. Our fonts are hosted on our own server.

3. Why we use it

  • To reply to your enquiry and prepare a quote.
  • To plan, build and support your website if you become a client.
  • To keep records of work agreed and invoices, and to meet legal obligations.
  • To keep this website secure and working.

We will not send you marketing messages unless you ask us to, and we never sell your personal data.

4. What you must provide

Your name, email address and project details are needed for us to reply. Everything else is optional. If you choose not to give the required details, we will not be able to respond to your enquiry.

5. Who we share it with

We share personal data only with service providers that help us run this website and reply to you:

  • Netlify, Inc.: website hosting and contact-form processing.
  • Google LLC: email (Gmail), used to receive and answer enquiries.
  • Porkbun LLC: domain and email forwarding for takingbackpixels.com.

These providers may store data on servers outside Malaysia, including in the United States. We use established providers that apply their own security and data-protection safeguards. We may also disclose data where required by law or by a lawful request from the authorities.

6. How long we keep it

Enquiries that do not become projects are deleted within 12 months. Client records are kept for as long as needed for the project and to meet legal requirements, such as keeping tax and accounting records for seven years.

7. How we protect it

The site is served only over HTTPS, access to our accounts is protected, and we collect only what we need. If a data breach is likely to cause you significant harm, we will notify you and the Personal Data Protection Commissioner as the law requires.

8. Your rights

You may ask us to:

  • give you a copy of the personal data we hold about you, or send it to another provider;
  • correct data that is inaccurate, incomplete or out of date;
  • stop or limit how we use your data, including for direct marketing;
  • withdraw your consent.

Email hello@takingbackpixels.com with your request. We will reply within 21 days and will not charge a fee. If you are not satisfied with our reply, you may complain to the Personal Data Protection Commissioner (Jabatan Perlindungan Data Peribadi).

9. Client websites

Websites we build for clients are run by those clients, who are responsible for the personal data their own visitors submit. We help each client publish their own privacy notice.

10. Changes

We may update this notice from time to time. The latest version will always be on this page, with the date it was last updated.


Notis Privasi

Dikemas kini pada 5 November 2026

Notis ini menerangkan cara takingbackpixels mengendalikan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) Malaysia, sebagaimana dipinda. Ia meliputi laman web ini (takingbackpixels.com), borang hubungan kami dan e-mel yang anda hantar kepada kami.

1. Siapa kami

takingbackpixels ialah studio reka bentuk grafik dan pembangunan laman web yang berpangkalan di Miri, Sarawak, Malaysia. Kami ialah pengguna data yang bertanggungjawab ke atas data peribadi anda. Hubungi: hello@takingbackpixels.com.

2. Data yang kami kumpul

  • Maklumat yang anda hantar: nama, alamat e-mel, perkhidmatan yang anda minati, julat bajet dan mesej anda.
  • Data teknikal: apabila anda melawat laman ini, penyedia hos kami memproses alamat IP, jenis pelayar dan halaman yang diminta secara automatik untuk memaparkan laman dan melindunginya daripada penyalahgunaan.

Kami tidak menggunakan kuki, analitik, penjejak pengiklanan atau piksel media sosial di laman web ini. Fon kami dihoskan di pelayan kami sendiri.

3. Tujuan penggunaan

  • Untuk membalas pertanyaan anda dan menyediakan sebut harga.
  • Untuk merancang, membina dan menyokong laman web anda jika anda menjadi pelanggan kami.
  • Untuk menyimpan rekod kerja yang dipersetujui dan invois, serta mematuhi kewajipan undang-undang.
  • Untuk memastikan laman web ini selamat dan berfungsi.

Kami tidak akan menghantar mesej pemasaran melainkan anda memintanya, dan kami tidak sekali-kali menjual data peribadi anda.

4. Maklumat wajib

Nama, alamat e-mel dan butiran projek anda diperlukan untuk kami membalas. Maklumat lain adalah pilihan. Jika anda tidak memberikan maklumat wajib, kami tidak dapat membalas pertanyaan anda.

5. Pihak yang menerima data

Kami berkongsi data peribadi hanya dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan laman web ini dan membalas anda:

  • Netlify, Inc.: pengehosan laman web dan pemprosesan borang hubungan.
  • Google LLC: e-mel (Gmail), untuk menerima dan membalas pertanyaan.
  • Porkbun LLC: domain dan pemajuan e-mel untuk takingbackpixels.com.

Penyedia ini mungkin menyimpan data di pelayan di luar Malaysia, termasuk di Amerika Syarikat. Kami menggunakan penyedia yang mantap dan mempunyai langkah keselamatan serta perlindungan data mereka sendiri. Kami juga boleh mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang atau permintaan sah pihak berkuasa.

6. Tempoh penyimpanan

Pertanyaan yang tidak menjadi projek akan dipadam dalam tempoh 12 bulan. Rekod pelanggan disimpan selama yang perlu untuk projek dan untuk mematuhi keperluan undang-undang, seperti menyimpan rekod cukai dan perakaunan selama tujuh tahun.

7. Perlindungan data

Laman ini hanya dipaparkan melalui HTTPS, akses kepada akaun kami dilindungi, dan kami hanya mengumpul data yang diperlukan. Jika berlaku pelanggaran data yang mungkin menyebabkan kemudaratan ketara kepada anda, kami akan memaklumkan anda dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

8. Hak anda

Anda boleh meminta kami untuk:

  • memberikan salinan data peribadi anda yang kami simpan, atau menghantarnya kepada penyedia lain;
  • membetulkan data yang tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk;
  • menghentikan atau mengehadkan penggunaan data anda, termasuk untuk pemasaran langsung;
  • menarik balik persetujuan anda.

E-mel hello@takingbackpixels.com dengan permintaan anda. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari tanpa sebarang caj. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami, anda boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (Jabatan Perlindungan Data Peribadi).

9. Laman web pelanggan

Laman web yang kami bina untuk pelanggan dikendalikan oleh pelanggan tersebut, yang bertanggungjawab ke atas data peribadi yang dihantar oleh pelawat mereka. Kami membantu setiap pelanggan menerbitkan notis privasi mereka sendiri.

10. Perubahan

Kami mungkin mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa terdapat di halaman ini bersama tarikh kemas kini terakhir.

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

takingbackpixels

Graphic Design / Web Development

WorkServicesAboutContactPrivacy

© 2026 takingbackpixels. All rights reserved.